Cybersecurity – TikTok, Instagram, Threads: Bagaimana Data Akaun Anda Di Ambil Tanpa Sedar
24 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2026, NADI Felcra Sungai Ara telah menyertai Webinar Cybersecurity secara dalam talian bertajuk “TikTok, Instagram, Threads: Bagaimana Data Akaun Anda Di Ambil Tanpa Sedar”. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan melindungi data peribadi ketika menggunakan platform media sosial yang semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian. Peserta didedahkan kepada pelbagai kaedah yang digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat peribadi, termasuk melalui pautan palsu, aplikasi pihak ketiga, kuiz dalam talian, kebenaran akses aplikasi yang berlebihan serta teknik kejuruteraan sosial.
Sepanjang webinar, peserta turut diberi penerangan mengenai risiko perkongsian maklumat secara terbuka di media sosial dan bagaimana data tersebut boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan, pencurian identiti serta serangan siber. Selain itu, perkongsian langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan seperti mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA), menggunakan kata laluan yang kukuh dan unik, menyemak tetapan privasi akaun secara berkala serta mengelakkan daripada menekan pautan yang mencurigakan.
Secara keseluruhannya, webinar ini berjaya memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada peserta tentang kepentingan menjaga keselamatan data digital. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan media sosial secara lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: